Friday 20 September 2013

Mencari Taman Syurga Dunia

Sukar bagi kita untuk beristiqamah dalam perubahan jika kita bersendirian dalam melaksanakannya. Perubahan itu sendiri memerlukan mujahadah yang amat luar biasa tingginya. Sering kali kita melihat ramai yang berubah namun kita dapat melihat arus kehidupan dan suasana kehidupannya masih sama.

Disebabkan itu setiap insan memerlukan sistem  sokongan yang utuh dan juga biah (persekitaran)  kerana ini dapat membantu mereka dalam istiqamah dalam perubahan mereka. Perubahan memerlukan halaqah iman yang tinggi yang mampu menghaluskan hati dan dan menuntun dirinya kepda Allah.

Seperti mana kata-kata daripada Syed Qutb “Hati manusia itu cepat berubah-rubah dan cepat lupa. Cahaya meliputi hatinya sehingga berkilau seperti sinar. Namun, apabila lama tidak digosok dengan peringatan atau tazkirah, ia akan kusam mengeras dan hilang kilauannya menjadi gelap dan hitam. Oleh itu, perlulah adanya peringatan bagi hati untuk selalu ingat dan khusyuk. Ia harus selalu ditempa agar tetap halus dan berkilau

Namun begitu, mungkin juga sukar untuk kita memenuhi halaqah iman yang dekat di hati kita. Mungkin kita ada kelemahan dan kekecewaan menanti yang menyebabkan kita berjauh hati atau mungkin terasa hati..mungkin juga…

Seharusnya kita perlu berusaha untuk mengubah situasi tersebut dan mencari kelompok manusia yang sesuai dengan kita dalam merungkai sebuah perubahan yang mahu berterusan dan istiqamah dalam perubahan.

ALLAH PASTI MEMBANTU KITA JIKA KITA BENAR-BENAR MAHU BERUSAHA MENCARINYA.

Seperti mana yang telah dikatakan oleh seorang ahli sufi ini, “Carilah syurga yang disegerakan didunia (Ajjanatul Ajilah) yang berupa ketenangan hati kerana barang siapa yang tidak mendapat syurga di dunia, sukarlah baginya mendapat syurga di akhirat nanti!”
 
Sementara baca entry ni...apa kata dengar lagu ni sekali....
 
 
semoga kita bersambung lagi....!!

Tuesday 10 September 2013

Program Konvensyen Bidadari

 

Assalamualaikum,... Saya nak share aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita semua...hari merdeka yang lepas saya adalah join aktiviti bersama-sama dengan iMuslim. Pengisiannya memang menarik.  
Tempat: Putrajaya International Convention Cnter
Tarikh  : 31 Ogos & 1 September 2013
tEMA :    Inspiring Muslimah, Empowering Ummah


Cuba tengok video ni dan anda akan tersentuh :-